SALAM ALAIK...tatkala kesibukan dengan 'final' sepanjang 2 minggu akhir-akhir ini, da lame tak masukkan entri baru...HATI BERKATA:MALAS...huhu..terbaca satu kisah tentang pengorbanan seorang anak kepada ayahnya. lalu dipetik untuk dijadikan iktibar buat semua..ikuti kisah dibawah..........

“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa.  Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu  anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik  kecemasan.  “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya,  doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu  ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.
“Mendengar   keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah.  Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa  hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.
“Hari berikutnya anak  lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari  itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam  perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin  sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.
“Melihat   orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti  lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil  keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu  dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai  ayahnya.

“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya  cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah,  tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian  perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar.  Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan  sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar  perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu  dan rasa syukur kepada Allah.”
Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan  Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi  Hakimah.
Bersedekah dituntut bagi membantu insan yang dalam kesusahan. hakikat yang sebenarnya sedekah merupakan salah satu cara mensyukuri nikmat yang diberikan Allah S.W.T.. mungkin rezeki kita mendapat rezeki lebih, namun ada yang diuji dengan sedikit kesusahan. segala-galanya mempunyai hikmah tersendiri buat insan yang dikurniakan rezeki, mahupun tidak. 
Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan  dalam mengubati pelbagai jenis penyakit.  Apa yang jelas, di samping  mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita  (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan.  Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan  dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.Sabda Nabi  yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah  harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara  berdoa.” 
 
 
   
Mengenai  pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan  rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin  Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w  bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum  dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya:  “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak   bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”
 Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak  ialah Allah.  Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim  ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu  berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan  satu penyakit yang tidak ada ubatnya.
Bersedekahlah  mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana  bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan  Allah.
Abu   Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala  mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang  dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang  bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka.  “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang  dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung  dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga,  kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”

**nota kaki: kadang2 keliru dengan insan2 yang datang meminta sedekah untuk binaan masjid di kampung mereka. kebanyakan yang dijumpai dari negara jiran. ada yang cakap, tak boleh percaya sangat.buat muka baik,hakikatnya..........emm...tak tahu nak klasifikasikan kes tu camne. kalau da terkasi pun, tapi orang tu menipu,dia jugak yang tak tenteram nanti...depend on themselves which one they'll choose....WALLAHUALAM
***argghhh...physiology animal belom khatam lagi...agak huru hara jugak 2-3 arini sebab tiket kebanyakannya da abes..huhu~~~mencari punya mencari..akhirnya....I GOT IT!!!!!YES.........rindu femili='(
