~tHEm~

Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

tatkala rasa LEMAH menjengah

As salam.....
saya rasa saya dah PUTUS ASA
saya rasa saya LEMAH
saya dah MALAS
saya dah BOSAN

dah berminggu minggu luangkan masa untuk siapkan eksperimen untuk tesis. asyik ada sahaja benda yang tak kena. ada yang hilang, ada yang tak menjadi, ada yang tak dijumpai.macam2.yang sepatutnya jangka masa hanyalah sebulan lebih menjadi berbulan-bulan. sayangnya, walau dah berminggu2 berkampung di makmal, yang dapat hanya LETIH. terpaksa mengulang eksperimen semula bermula minggu ni berlarutan sehinggalah minggu sebelum final. tesis oh tesis, saya letih tau tak??hanya melayan awak sahaja. sampai tak sarapan pergi 'jumpa' awak. terpaksa abaikan lunch sebab 'sayang' nak tinggalkan awak. kenapa lah *awak* buat saya macam ni??saya ingatkan dah boleh 'tinggalkan' *awak* awal2...aisshh~~~ T_T


[saya tenSION taw tak???]


tapi kan *awak*, saya dah tak kisah dah.malas dah tenSION2 lagi sebab saya taknak nampak tua. keje nak marah orang saje.sampai saya tenSION kat *awak*, banyak keje saya yang lain terabai (sebab bila tenSION kat *awak*, saya amek jalan mudah---->TIDO banyak2).

sehinggalah mimpi macam2. tsunami datang serang. NAUZUBILLAH. dimakan dek ombak tinggi yang macam nak terkam dari jauh. tapi, dapat lari.em, mungkin PERINGATAN barangkali.(mungkin jugak bermaksudkan dapat keluar dari masalah yang besar...wallahualam)...tapi dalaman, ketakutan yang teramat sebenarnya.

selalu pergi makmal, mesti kena tengok ikan comel kaler oren dalam akuarium kat situ. orang cakap tengok ikan boleh ilangkan stres.mungkin betul barangkali.tapi ikan yang berenang2 bukan ikan yang terlentok di dalam pinggan -_-"

[ikan bukan di tempat kejadian yang sebenar]

Ujian2 yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. terkadang hanya satu ujian yang menerpa sudah cukup beratnya membuat kita hilang arah. selalunya menyuruh orang lain bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menghadapinya. dalam hal2 menasihati yang lain juga, senang untuk tuturkan nasihat, tapi diri sendiri belum tentu dapat mengikut nasihat tersebut. ada masa manusia silap. mereka merasakan diri mereka sudah cukup kuat, bagaikan kebal dari sebarang titik2 kelemahan.
terkadang, manusia rasakan mampu berdiri sendiri, berpendirian semua ujian dapat diselesaikan seorang diri. namun tidak salah kemahuan untuk hidup berdikari. manusia hanya makhlukNya yang serba lemah & kekurangan.

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [An-Nisa', 4:32]


[hidup cukup indah. penuh dengan misteri. kata orang warna warni. adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. sentiasa ingat kepada Sang Pencipta. SYUKUR & SABAR- rahsia kejayaan]



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - [Al-Imran, 3:139]

kehidupan [inteam ft nazrey]

kesenangan yang datang
tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

WALLAHUA'LAM


nota kaki: bersiap2 untuk ber'macroteaching' pula.moga dipermudahkanNya.AMIN.

**entri ditokok + dari sumber iluvislam.com



Thursday, October 28, 2010

WARKAH BUAT HAMBA.

"Tuhanmu tidak pernah melupakanmu,
Namun diri hamba yang hina ini selalu melupakanmu,
Ketahuilh, Tuhan yang Maha Pemurah itu telah memberikan nikmat padamu,
Dan, dalam sedar atau tidak,
Kau langsung tidak mensyukurinya,
Tuhanmu datangkan sedikit ujian padamu,
Tetapi kau menrungut dan meratap-ratap,
Tahukah kamu ujian itu adalah nikmat,
Untuk memberi ingatan padamu,
Bahawa DIA sentiasa memperhatikanmu,
Tidak pernah tujuanNYA untuk menyusahkan dan membebankanmu,
Bahkan ia adalah tanda kasih Tuhan terhadap hambaNYA..."

"Tuhanmu berada amat dekat denganmu,
Lebih dekat daripada denyutan nadimu,
Lebih dekat daripada aliran darahmu,
Bahkan lebih dekat lagi daripada nyawamu sendiri,
DIA Maha Mengenali dirimu dan lebih dari apa yang kau tahu,
DIA Maha Menguasai dan Maha Memberi,
Mintalah apa saja yang kau mahu daripada-NYA,
Dan pohonlah pertolongan dan petunjuk-NYA,
Mintalah agar kau sentiasa redha dan tenang dalam ujian-NYA,
Tuhanmu sentiasa ada dalam dirimu,
Setiap ketika dalam hidupmu..."

Sunday, August 22, 2010

saya nak bertunang!!!


sekadar gambar tontonan

salam ramadhan buat semua..
sejak2 berpuase ni, agak malas untuk mengupdate kan blog selalu. masa cukup banyak kalau sekadar untuk melempiaskan idea di sini.tapi memandangkan jari malas untuk mengarang, banyak cerita2 yang dirasakan mau dicoret, terbantut seketika. malahan da tak ingat pun nak cerite ape..huhuhu...

di kesempatan ini, ingin ana mengucapkan takziah untuk keluarga Dr Haniza sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta awal ramadhan lalu. beliau merupakan lecturer yang mengajar subjek bioteknologi & pada minggu ni, Insya Allah akan diadakan majlis Iftar bersama2 studentnya beserta tahlil buat ayahanda beliau. minggu ni jugak akan berhimpunnya student2 biologi yang akan berbuka puase bersama -sama di bawah anjuran Jabatan Biologi..murah rezeki minggu ni..ermm...alhamdulillah....

berbalik kepada tujuan asal entri pada kali ini, bukan niat untuk riak, apatah lagi obses mencari publisiti untuk diri sendiri. perihal bertunang tidak ade kena mengena dengan diri ana. namun teringat tym cuti sem aritu. terkenang kat satu rancangan yang menampilkan pasangan suami isteri yang 'sweet'..apa lagi kalau bukan SEMANIS KURMA. suka untuk mendengar & menonton telatah Dato' Siti Nor Bahyah & Ustaz Akashah.
tajuk tym 2 adalah SIHIR. emm..tapi ape pulak kene mengena dengan perihal bertunang??? bagi sape2 yang menonton episod 2 sudah semestinya tahu kenapa. orang dulu2 pernah berkata; kalau kita mimpi kena patuk kat ular, mesti tak lama lagi ade orang nak masuk meminang...tapi percayakah anda akan ura2 tersebut???

menurut apa yang dijelaskan oleh ustaz jemputan dalam show 2, mimpi dipatuk ular tidak ade kena mengena dengan perihal bakal dipinang. tetapi, ini tandanya bahawa diri anda sudah hampir kepada sihir atau sihir mula menular dalam diri anda. manusia zaman sekarang lagi ramai yang buruk sifat pada hatinya. sentiasa ada sahaja yang tidak puas hati atas kelebihan orang lain sehingga sanggup menderitakan orang lain menggunakan bantuan jin @ syaitan.

pernah satu ketika dahulu, terjadi 1 kisah dalam kehidupan ana sendiri, dek kerana cemburu yang melampau. perasaan cemburu melanda hati salah seorang si anak, lalu 'mengenakan' seorang hamba Allah ni. mungkin jugak Allah nak tunjukkan balik siapa yang benar, sehinggalah sihir tadi tidak mengena pada orang yang sepatutnya, tetapi beralih kepada ibunya sendiri...huhu..macam2 dunia..

jadi, konklusinya, kalau tak puas hati dengan seseorang disebabkan kelebihan yang dia miliki, usahalah sendiri untuk menjadi sebaik itu juga. tidak perlu menggunakan budaya yang songsang lagi sesat tersebut. disebutkan juga pada akhir rancangan, antara usaha2 untuk mengelakkan dari terkena sihir, amalkan lah selalu ayat2 Al-Quran. antaranya ialah membaca surah 3 Kul tiga kali pada setiap pagi & petang, mengamalkan surah Al-Qasas ;ayat 21, surah Al-Baqarah; ayat 255(kursi) dan 285-286, & surah Al-Kahfi; ayat 10

masih banyak lagi ayat2 Al-Quran yang boleh dijadikan amalan bagi memelihara diri dari perbuatan khianat ini. agaknya kalau tak berkait dengan sihir pom, mungkin berlaku jugak situasi di mana terjadinya fitnah & hasad dengki dari orang lain. tetapi tak semua mimpi boley dipercayai tentang tafsirannya...semuanya boleh difikirkan oleh akal logik..cuma, yang penting, mintalah perlindungan dari-Nya selalu.....sekian sahaja kerajinan pada kali ini....
.....WALLAHUALAM....

nota tangan: tak pernah mimpi kena patuk kat ular, tapi kalau kena kejar banyak kali gak..nebes betul tym 2..huhu..

Saturday, April 24, 2010

Hikmah Sedekah

SALAM ALAIK...tatkala kesibukan dengan 'final' sepanjang 2 minggu akhir-akhir ini, da lame tak masukkan entri baru...HATI BERKATA:MALAS...huhu..terbaca satu kisah tentang pengorbanan seorang anak kepada ayahnya. lalu dipetik untuk dijadikan iktibar buat semua..ikuti kisah dibawah..........


“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.

“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.

“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.

“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.


“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.”

Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.

Bersedekah dituntut bagi membantu insan yang dalam kesusahan. hakikat yang sebenarnya sedekah merupakan salah satu cara mensyukuri nikmat yang diberikan Allah S.W.T.. mungkin rezeki kita mendapat rezeki lebih, namun ada yang diuji dengan sedikit kesusahan. segala-galanya mempunyai hikmah tersendiri buat insan yang dikurniakan rezeki, mahupun tidak.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan. Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.

Sabda Nabi yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.”

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah.

Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”

**nota kaki: kadang2 keliru dengan insan2 yang datang meminta sedekah untuk binaan masjid di kampung mereka. kebanyakan yang dijumpai dari negara jiran. ada yang cakap, tak boleh percaya sangat.buat muka baik,hakikatnya..........emm...tak tahu nak klasifikasikan kes tu camne. kalau da terkasi pun, tapi orang tu menipu,dia jugak yang tak tenteram nanti...depend on themselves which one they'll choose....WALLAHUALAM

***argghhh...physiology animal belom khatam lagi...agak huru hara jugak 2-3 arini sebab tiket kebanyakannya da abes..huhu~~~mencari punya mencari..akhirnya....I GOT IT!!!!!YES.........rindu femili='(

Wednesday, March 10, 2010

air mata....

pernahkah anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia kerana ia mempunyai harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka"

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...

Tuesday, November 10, 2009

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

"Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar."

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

"Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar. Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."


  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

  • WALLAHUALAM.......

    Saturday, September 5, 2009

    penat ekk???

    salam alaik.....
    bln2 puase ni sdh tntunye sntiasa berasa penat dgn krja yg xprnah abes2...jd blh la jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

    Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :
    "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

    Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

    "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

    Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

    jd,jdkan lah ia sbgai pnwar n lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
    (Sabda Rasulullah SAW)

    "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

    Saturday, April 25, 2009

    BUAT SI DIA......

    YA RABBI, TUHAN YG MAHA PENGASIH & PENYAYANG...
    TLG BERITAHU SI DIA AKU ADA PESANAN BUATNYA,
    TLG BERITAHU SI DIA, CINTA AGUNG ADALAH CINTANYA,
    TLG BERITAHU SI DIA, CINTA MANUSIA BAKAL MEMBUATNYA ALPA...

    TLG NASIHATI SI DIA, JGN MENYINTAIKU LBH DARI DIA MENYINTAI YG MAHA ESA,
    TLG NASIHATI SI DIA, JGN M'INGATIKU LBH DARI DIA M'INGATI YG MAHA KUASA,
    TLG NASIHATI SI DIA, JGN M'DOAKAN KU LBH DARI DIA M'DOAKN IBU BAPANYA...

    TLG KATAKN PD SI DIA, DAHULUKN ALLAH KRN DI SITU ADA SYURGA,
    TLG KATAKN PD SI DIA, DAHULUKN IBU BAPANYA KRN DI TELAPAK ITU SYURGANYA..

    TLG IGTKN SI DIA, AKU T'PIKAT KRN IMANNYA BKN RUPA,
    TLG IGTKN SI DIA, AKU LBH CINTAKN ZUHUDNYA BKN HARTA,
    TLG IGTKN SI DIA, AKU KASIHINYA KERANA SANTUNNYA...

    TLG TEGUR SI DIA, BILA DIA MULA M'AGUNGKAN CINTA MANUSIA,
    TLG TEGUR SI DIA, BILA DIA TENGGELAM DLM ANGAN2 NYA,
    TLG TEGUR SI DIA, ANDAI NAFSU MENGAWAL FIKIRANNYA...

    TLG SDRKN SI DIA, AKU MILIK YG MAHA ESA,
    TLG SDRKN SI DIA, AKU MASIH MILIK KELUARGA,
    TLG SDRKN SI DIA, TANGGUNGJAWABNYA BESAR KPD KELUARGANYA....

    TLG SABARKN SI DIA, USAH UCAP CINTA DI KALA CITA2 BELUM T'LKSANA,
    TLG SABARKN SI DIA, ANDAI DIRI INI ENGGAN DIRAPATI KRN M'JGA BATASAN CINTA,
    TLG SBRKN SI DIA, BILA JRK PENYEBAB B'TMBAH RINDUNYA...

    TLG PESAN PDNYA, AKU TDK MAHU M'JD FITNAH BSR KPDNYA,
    TLG PESAN PDNYA, AKU TDK MAHU M'JD PUNCA KEGAGALANNYA,
    TLG PESAN PDNYA, AKU M'BIARKN YG ESA M'JGA DIRINYA...

    TLG KHBRKN PD SI DIA, AKU TDK MAHU MELEKAKAN DIA,
    TLG KHBRKN PD SI DIA, AKU MAHU DIA B'JAYA DLM IMPIAN & CITA2 NYA,
    TLG KHBRKN PD SI DIA, JADILAH PENYOKONG DLM KEJAYAANKU....

    TLG SMPIKAN PD SI DIA, AKU M'DAMBAKAN CINTA SUCI YG T'JAGA,
    TLG SMPIKAN PD SI DIA, CINTA KRN ALLAH TDK T'NILAI HARGANYA,
    TLG SMPIKAN PD SI DIA, HBGN INI T'JAGA SELAGI DIA M'JGA HBGN DGN YG MAHA KUASA,
    TLG SMPIKAN PD SI DIA, KRN AKU TDK MAMPU M'BERITAHUNYA SNDRI....

    HNY ENGKAU YA ALLAH..MENGETAHUI SIAPA DIA...
    MOGA PESANANKU SAMPAI KPDNYA WALAU AKU SNDRI TDK MENGETAHUI SIAPA & DI MANA SI DIA...
    MOGA DIA SEEKOR LEBAH YG SENTIASA MEMUJI KEAGUNGAN YG MAHA KUASA,
    MEMASUKI TMN LARANGAN DGN SOPAN SANTUNNYA,
    & B'TEMU MAWAR B'DURI YG T'JGA OLEH TUANNYA...

    WALLAHUALAM...

    Tuesday, April 21, 2009

    WARKAH UTK HAWA......

    Hawa.....
    Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,
    andai engkau sudah bersuami,jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
    andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah. Hawa.....
    Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
    Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
    Hawa.....
    Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
    Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan....
    Oleh itu hawa,jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu,kuatkanlah pendirianmu.
    Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.....
    Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga...... JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI....
    Wallahua'lam....

    WAKTU DOA MUSTAJAB.....

    • - Waktu sepertiga malam, iaitu waktu terakhir, ketika orang lain nyenyak tidur. Allah s.w.t berfirman, maksudnya: “Mereka (para muttaqin) sedikit sekali tidur di waktu malam dan di akhir malam, mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzariyat: 18-19)
    • - Waktu antara azan dan iqamah, iaitu ketika menunggu solat berjemaah. Sayangnya waktu mustajab ini sering disalahgunakan sesetengah umat Islam yang kurang mengerti sunnah, sehingga diisi dengan hal tidak baik dan tidak dianjurkan Islam, membicarakan urusan dunia yang tidak bernilai ibadat.
    • - Pada waktu sujud. Iaitu sujud di dalam solat atau sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Hadis riwayat Muslim)
    • - Selepas solat fardu. Iaitu selepas melaksanakan solat wajib lima waktu, termasuk selepas solat Jumaat. Allah berfirman, maksudnya:“Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selesai solat.” (Qaaf: 40)Oleh kerana itu, Imam Syafie dan pengikutnya menjelaskan, dianjurkan bagi imam dan makmumnya serta orang yang solat sendirian memperbanyakkan zikir, wirid dan doa selepas selesai solat fardu.
    • - Pada waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasannya, iaitu satu detik pada setiap malam dan setiap hari Jumaat.

    Ini berdasarkan hadis Jabir r.a, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang Muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya.” (Hadis Riwayat Muslim).

    Hadis Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah menyebut hari Jumaat, baginda bersabda:“Di dalamnya ada satu saat (yang mustajab), tidaklah seorang hamba Muslim yang kebetulan waktu itu sedang mendirikan solat (atau menunggu solat) dan memohon kepada Allah sesuatu (hajat) melainkan Allah pasti mengabulkan permohonannya.”

    • - Waktu lain yang mustajab ialah sepertiga akhir malam, ketika hujan turun, waktu awal pagi ketika dengar ayam berkokok, ketika berpuasa, ketika bermusafir, bulan Ramadan dan pada 10 akhir Ramadan.

    Tuesday, April 7, 2009

    SOLEKAN TERBAIK.....

    # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

    # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

    # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

    # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

    # Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

    # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

    # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

    # Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

    Monday, April 6, 2009

    yang di cari........

    yg dicri...
    walau bkn putera raja, biarlah putera agama...
    yg diimpi...
    biarlah tk pnya rupa,asal sedap dipandang mata...
    yg dinilai...
    bkn smprna sifat jsmani,
    asalkan sihat rohani,smpurna hati...
    yg diharap...
    bkn jihad pd semangat,
    asal p'juangannya ada mtlamat....
    yg dtg...
    xperlu rijal yg gemilang,
    krn ana srikandi dgn silam yg kelam...
    yg d nanti...
    bkn lamaran dgn permata,
    cukuplah akad & jnji setia....
    & yg akn t'jadi...
    andai xsma kehendak hati...
    ana redha dgn ketetapan ILLAHI..
    itulah ketentuan sjk azali.....

    Tuesday, March 31, 2009

    Maafkan aku.....

    Manusia sering saja alpa tentang semua yang berlaku disekeliling mereka.Mereka sering menganggap mudah setiap inci perkara yang berlegar disekeliling mereka.Selagi aku juga manusia,maka aku juga salah seorang insan alpa yang tidak menyedari kesilapanku yang umpama titik-titik hitam yang menggelapkan seketul daging suci dalam diri.Aku pelajar IPTA yang bermusafir untuk mengejar cita-cita. Aku rasakan inilah perjuangan dan pengorbanan untuk aku membela nasib diri dan keluarga. Tetapi,itu tidak bermakna aku akan melupakan tanggungjawab aku sebagai anak. Lantas,aku sering pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu bapaku yang bersusah payah di kampung demi menyara pengajianku di sini. Jika ada sahaja cuti,aku terus pulang ke kampung untuk menjenguk mereka. Manusia yang penuh kelemahan ini merasakan dirinya telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak yang baik. Yelah….sekurang-kurangnya,aku sering pulang ke kampung daripada berpeleseran dengan kawan-kawan. Aku juga bersungguh-sungguh mengejar cita-cita aku tanpa melibatkan diri dalam masalah muda-mudi seperti couple dan mcam-macam lagi…Aku mengharapkan ibubapaku bangga dengan anaknya ini. Manusia itu,sering terlupa dan terleka. Aku jujurnya tidak pernah terperasan setiap kesilapan dan kekhilafan yang mungkin kecil di mataku..Aku tidak pernah menghitung,berapa banyak kesakitan yang aku berikan terhadap qalbu insan-insan yang ku sayang. Hinggalah,aku tiba-tiba terasa tersedak dengan perbuatan aku sendiri.Suatu pagi yang hening,aku seperti hari-hari yang lain di kampungku, membantu ayahku yang merupakan seorang tukang rumah. Tiba-tiba,aku melihat ke suatu dinding. Dinding itu penuh dengan paku-paku yang tidak ku tahu apa tujuannya.`Mengapa paku-paku ini tercacak di dinding yang cantik ini?? Apakah tujuannya??`Itulah soalan yang terpancut keluar dari mulutku untuk lelaki tua yang timbul urat-urat jantannya kerana tenaga yang digunakan.`Ini adalah tanda yang ayah buat, setiap kali ayah merasakan engkau telah mengguris hati ayah. Tidak banyak yang engkau lakukan, tapi apabila dikumpul,engkau lihatlah dinding ini?`Aku benar-benar rasa terpukul dengan kealpaan aku selama ini. Aku tanamkan tekad untuk menghilangkan semua paku-paku itu dengan menebus kembali dosa dan noda yang aku lakukan terhadap mereka. Sejak hari itu,aku lebih menghargai dan berhati-hati dengan tindakan aku. Aku sedar,dengan hanya pulang ke kampung tidak akan melangsaikan tanggungjawab aku sebagai anak. Aku berusaha menjadi anak yang baik terhadap ibubapaku.Suatu hari, tangan tua ayahku menarik aku ke dinding yang dulunya penuh dengan paku-paku. Aku gembira kerana,kini paku-paku itu telah hilang. Lantas,aku terus bertanya pada lelaki yang sedang merenung aku dengan penuh hikmah.`Adakah ini bermakna,maka dosa-dosaku padamu telah terhapus,wahai ayahku?`Ayahnku cuma menjawab`anakku,kau lihatlah dinding ini,walaupun paku-paku ini telah hilang,adakah dinding ini masih sama seperti asalnya? Tidakkah kau melihat lubang-lubang,dan kesan-kesan dari paku yang telah ditusukkan terhadapnya. Engaku mempu mencabut paku itu,tapi bagaimana engkau ingin menjernihkan semula kesannya?`Aku benar-benar tersedak. Hanya air mata sahaja yang dapat menjawab setiap soalan dari ayahku itu. Ayahku telah mengajar aku bahawa,kesilapan itu,bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Memang benar,Allah itu Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia tidak akan mudah dihilangkan kesannya kerana hati manusia itu,sangat rapuh. Malahan sifat pengampun manusia takkan setanding dengan yang Maha Esa.Kadangkala,kita sering memohon maaf setelah melakukan kesilapan,dan dengan mudah kita mengganggap semua telah selesai. Sebenarnya,sering kita lupa,benarkan hanya dengan `maafkan saya` atau 'I am sorry`dapat melangsaikan segala hutang kesilapan kepada mereka. Sebenaranya,ucapan itu adalah untuk diri sendiri,bagi melegakan hati bahawa kita telah menjadi insan yang mulia dengan meminta maaf.Bagaimana pula dengan insan yang telah terguris hatinya?

    Tentang K.I.T.A..

    Saat demi saat berlalu, setitis demi setitis darah saudara kita yang berada di Palestin, Iraq, dan Afghanistan ditumpahkan. Segolongan besar tidak sedar akan hal ini, dan apa kurangnya bagi yang sedar, hanya mampu menangis dan berdoa untuk mereka. Kita tidak mampu bangkit mengangkat pedang menentang golongan kafir sepertimana Mus’ab bin Umair melindungi panji Islam. Kita lalai dengan zon selesa yang diberikan dan tidak sedar bahawa zon selesa boleh bertukar menjadi zon ‘merah’ secara tiba-tiba. Perang saraf yang dirancang berjalan dengan lancar sehingga mereka mampu menyebabkan kita mengubah huruf alif ‘ا’ kepada huruf ‘A’ dan penindasan terhadap orang islam dikatakan perkara rutin. Mata ini hanya mampu melihat anak-anak kita disepak-sepak, gadis-gadis kita diratah-ratah dan pemuda-pemuda kita di’anjing-anjing’kan oleh golongan yang dahulunya pernah menuntut ilmu dari kita, menjadikan kita sebagai ikutan dan contoh pada zaman Abbasiyah. Saksikanlah! Bagaimana keadaan kita pada zaman ini! Sungguh! Apabila dikatakan perkataan Islam pada mereka, ‘Cis! Ajaran pengganas!’ Persoalannya, bukan “Mengapa terjadinya perkara ini?”, tetapi “Bagaimana terjadinya perkara ini?”.
    Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya umat akhir zaman umpama buih-buih di lautan, banyak, tetapi hancur apabila dihempas ombak.” Rentetan kewafatan Nabi Muhammad, bermulalah era umat akhir zaman. Islam berkembang pesat melalui pentadbiran berlandaskan syariah oleh Khulafa Ar-Rasyidin hingga ke Empayar Turki Uthmaniah. Langit tidak selalu cerah, pembai’ahan Kamal Attartuk iaitu seorang sekularisme, membezakan antara dunia dan akhirat, sebagai pemimpin Turki, menamatkan kegemilangan umat Islam dengan pemansuhan sistem khalifah, pengubahan bahasa Arab dan pengharaman pemakaian hijab. Maka, bermulalah era penderitaan umat islam. Tetapi, tidak lama selepas itu, cahayaNya tidak pernah padam, datangnya dari Mesir, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul-Muslimin, menyimpulkan kembali hati-hati yang sudah terlerai. Perjuangan beliau terhenti setelah beliau dibunuh oleh askar Raja Farouk. Beliau menggariskan 7 faktor-faktor kejatuhan umat Islam, antaranya, percakaran politik, semangat assobiah, perebutan kuasa, perselisihan soal agama, bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan terutama dikalangan pemerintah. Hati insan yang dahulunya menyintai Maha Pengasih melebihi kekasih sudah berubah. Arak, perempuan dan judi mula digilai. Mengapa?! Kerana Al-Quran bukan lagi perlembagaan hidup kita! Nilailah diri kita sendiri, di manakah letaknya kita? ‘Assignment’, ‘chatting’, ‘couple’ dan sebagainya menyebabkan kita lupa pada Sang Pemberi, kita lupa apa tujuan kita hidup, kita lupa bahawa semua ini adalah pinjaman sementara. Dulunya, dengan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah, kita dihormati, disegani dan ditakuti, sehinggakan pada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abu Talib, apabila berlakunya konflik dengan Muawiyyah dan ketika itu tentera Kristian cuba mengambil kesempatan, Muawiyyah mengutuskan surat kepada Maharaja Kristian tersebut; “Jangan kau tertipu dengan perbalahan kami. Sekiranya kau menentang Ali, nescaya kau akan lihat orang yang menghukummu itu adalah Muawiyyah.” Akhirnya, tentera Kristian berundur kerana ketakutan. Nah! Kafir yang berundur kerana ketakutan inilah yang sudah memijak-mijak kita sekarang. Mungkin atas kenikmatan, kesenangan yang kita miliki ini, mungkin menjadi hijab bagi kita untuk merasakan bahaya yang sebenar disebaliknya. Apakah kita masih ingin duduk, meminum kopi, dan bergoyang kaki sambil bergelak ketawa. ‘Enjoy when you are still young, Nevermind!’ Adakah mustahil bagi kita untuk menegakkan kembali syiar Islam di dunia ini? Ini semua bukan ditentukan oleh kita sebaliknya Allah S.W.T. Bukankah ini satu kewajipan bagi kita? Ataupun mungkin sekurang-kurangnya kita dapat melaksanakan seperti apa yang diperkatakan oleh Abdul Wahab Azam iaitu, “usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah seperti mana kata Syakib; ‘Tiada cara lain. Ia adalah khemah tanzim dan penyusunan barisan terdidik dengan tarbiyah Islam yang sejati. Bukan dewan perhimpunan atau seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemahmu di padang pasir jahiliyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat oleh orang yang sesat dan terputus hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung didalam khemah itu.”

    AURAT WANITA...

    1. Bulu kening.Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu keningPetikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
    2. Kaki memakai gelang berloceng.Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
    3. Wangian.Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
    4. Dada.Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
    5. Gigi. Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
    6. Muka dan leher.Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
    7. Muka dan Tangan.Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
    8. Tangan.Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
    9. Mata.Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
    10. Mulut (suara).Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
    11. Kemaluan.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
    12. Pakaian.Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud :Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    13. Rambut.Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.