~tHEm~

Sunday, February 28, 2010

al-fatihah.....

Bismillahirrahmanirrahim....
seorang lagi bakal pendidik UPSI telah pergi buat selamanya. Allah S.W.T telah menentukannya..seiringan dengan itu,saya ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham
Mohd Fazli B. Mohammad...Al-Fatihah.....

Tg Malim , 25 Februari – Universiti Pendidikan Sultan Idris kehilangan seorang lagi Anak Kandung Suluh Budiman kerana kemalangan jalan raya.


Dalam insiden yang berlaku antara jam 03.30 hingga 04.30 petang tadi, mangsa, Mohd Fazli B. Mohammad, mahasiswa semester 8 yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) maut di tempat kejadian kerana cedera parah di seluruh badan setelah van yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah treler berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah.


Rakan mangsa pula hanya patah tangan dan mengalami sakit-sakit badan.


Allahyarham yang bekerja sementara di Karim Korner sedang menunggu majlis graduasinya pada bulan 3 ini dalam perjalanan menuju ke Ipoh untuk menghantar pesanan makanan katering disana.


Allahyarham yang berasal dari Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah merupakan anak yatim piatu dan telah bertunang dengan gadis pilihannya dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan 6 ini .


Allahyarham dikenali ramai kerana sifat rajin dan ramah semasa bekerja di Karim Korner dan aktif di peringkat universiti dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak MASUM UPSI tahun 2009.


Sementara itu , Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni , (JHEPA) , Prof Dr Shaharudin B. Abd Aziz tiba di hospital Tapah pada jam 8 malam untuk melawat mangsa.Pada ketika berita ini ditulis, van jenazah yang membawa Allahyarham telah bertolak ke kampung halamannya sambil diiringi oleh pegawai-pegawai UPSI dan rakan-rakan Allahyarham.


Pihak SuaraUPSI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon para pembaca yang beragama Islam untuk sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang terpuji dan beriman.

SUMBER: http://suaraupsi.blogspot.com/2010/02/bakal-graduan-psr-maut-kemalangan.html

2 comments:

Ameen Muslim said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

Takziah utk kaum kerabat arwah serta sahabat handai beliau. Saya simpati dgn dugaan yg menimpa keluarga serta tunangan arwah... tatkala nak dekat konvo pulak tu. Semoga ALLAH mencucuri roh beliau. Ameen ya RABB!

Rashid said...

Takziah.. moga rohnya bersama golongan orang yang beriman..