~tHEm~

Monday, March 24, 2014

BAGAI DIBERI NYAWA KEMBALI

AHAD. 11 DISEMBER 2011.
Tarikh akhir update entry. 


ISNIN. 24 MAC 2014.

Betapa lama masa berlalu. 2 tahun 3 bulan blog tanpa 'dakwat'.


Disember 2011. Masih melalui saki baki kehidupan sebagai seorang mahasiswi di UPSI. Masih bergelut dengan tesis dan final exam. Masih lagi membina kenangan-kenangan dengan rakan seperjuangan.



23 Januari 2012. Tamatnya liku perjalanan dalam mencari segulung ijazah untuk mak ayah. Hari yang paling bahagia apabila memikirkan tiada lagi assignment, tiada lagi rutin ke kelas, tiada lagi tinggal berjauhan dengan mak ayah. Dalam hati pada masa tu hanya fikir kampung halaman. SUNGGUH BAHAGIA PERASAAN. Hari pengakhiran sebagai seorang PELAJAR, namun hari permulaan sebagai seorang PENGANGGUR.



Hari demi hari ditempuh, tiada yang berubah. bangun makan tido. bangun makan tido.



22 September 2012. Hari pertama melalui pengalaman bekerja. Celcom Kampung Raja. Pada seminggu sebelumnya, ayah tolong cari kerja dan bawak ke sana untuk diinterview ringkas dan LULUS pada masa yang sama!! ALHAMDULILLAH. Pengalaman banyak dikutip dari sana. Mulai kenal model handphone & accessories. Mulai belajar daftar SIM baru, pembayaran bil. Mulai belajar komunikasi dengan pelbagai jenis perangai manusia. Mulai belajar menjadi penasihat dalam bab teknologi. Pengalaman yang dikutip sedikit sebanyak membantu diri dalam mengendalikan gajet-gajet kepunyaan. TERIMA KASIH TAUKEY!



Memandangkan ura-ura mengenai proses temuduga pegawai PPPS DG41 bakal dijalankan pada awal tahun depan, hati berbolak balik untuk melepaskan pekerjaan tersebut. Maka seminggu sebelum tarikh temuduga, berhenti kerja dan meneruskan fokus terhadap temuduga sepenuhnya. yela, soal masa depan, mestilah diuruskan dengan serius. Bermulalah hari-hari serius menghadap nota-nota khusus dan persiapan lain untuk temuduga nanti.



27 Februari 2013. Si ayah ambil cuti untuk teman si anak ke IPG Kota Bharu untuk diinterview. Hari yang mendung. Hati berdebar menanti giliran masuk ke bilik temuduga. 8 orang sekali masuk, semuanya dari UPSI dan aliran Sains. Masing-masing sudah mengenali. Penemuduga pula terdiri daripada GC (major Fizik) dan pegawai SPP.



First round, penemuduga meminta semua calon menceritakan perihal pengalaman semasa menganggur.

Second round, penemuduga meminta setiap calon bermicroteaching dan boleh memilih tajuk masing-masing kecuali calon major Fizik yang diberi tajuk.
Third round, penemuduga meminta setiap calon bertanyakan apa-apa soalan. jadi part yang ni tanya je apa yang boleh ditanya. banyak cakap, laku sikit kot nak jadi cikgu :P
Tamat cerita temuduga.


15 April 2013. Mencipta pengalaman kerja yang kedua di kedai gambar pula. YND Kg Raja. Yang ni secara tak sengaja pergi kedai tersebut & buat gambar pasport untuk lesen tapi kebetulan peluang rezeki rupanya di sana. Yang part fotografi ni memang dah sebati dalam jiwa. Suka sangat bekerja kat sana tapi ada pulak satu hal yang buat diri tak suka. Tambah pengalaman dalam diri; belajar selok belok bidang fotografi sedikit sebanyak dan editing gambar. Sehinggalah 2 bulan selepas itu, dapat jawapan penempatan ke sekolah. Hari surat penempatan yang dihantar ke rumah, si ayah beria-ria telefon dari rumah beritahu surat dah sampai. dapat SELANGOR katanya. Sehingga sanggup pula datang hantar surat tersebut ke kedai si anak bekerja bagi si anak tengok. Ya, sememangnya si ayah amat teruja berbanding si anak. ishhh..kenapa dapat Selangor..napela tak dapat sini-sini je.. Maka, berhenti kerja lagi dan uruskan diri untuk lapor diri ke sekolah pada 1 Julai 2013.



1 Julai 2013. Berada di SMK Setia Alam untuk taklimat sehingga ke tengahari. Sampai la saat-saat penyerahan surat penempatan beserta dengan nama sekolah. Okey, nama mula dipanggil dan menjadi antara yang awal ke depan untuk menerima surat tersebut daripada pegawai PPD. Peram surat tanpa dibuka. Perasaan bercampur. Setelah mengetahui status kawan-kawan yang lain, barulah surat dibuka. SMK SUBANG daerah PETALING PERDANA!!!

Mula tak sedap hati, mula mencari teman yang turut terima sekolah yang sama atau berdekatan. Namun TIADA!! Kecewa. 


Lalu bermulalah kembali sesi kehidupan berdikari di rantau orang. Jauh dari keluarga. Bulan demi bulan berlalu, tiada keceriaan dalam diri bertugas di sini. Sehinggalah cuti akhir tahun, kembali ke kampung halaman, keceriaan kembali :)



To be continued...

Sunday, December 11, 2011

MONDAY blues~~!!



to someone out there,


The time soon comes for parting
And our time is at an end
As I lay down staring out the window
Our memories flowing through my mind
Holding back as a tear hits the pillow
Scared of thoughts I might find
Telling myself I'll be stronger tomorrow...

Like the exploding of a star
You've changed me in and out
Your light will travel with me far
Past when all other lights go out...

You always listened
And knew what to say
When I was having a bad day
So know you’ll always be missed

I am going to miss you
I know we said we would keep in touch
But that is what everyone always says
But it never seems to mean much

So this is why I am telling you now
How much you truly mean to me
Because anything could happen in the future
Tomorrow is something I may never see

If you would just come back
Wish to see you again...


Tuesday, November 22, 2011

KALAU LAH BOLEH....

Assalamualaikum w.b.t...

MALAS.
malas untuk berlab report
malas untuk bertesis
malas untuk berkajian tindakan
malas untuk berjurnal refleksi
malas untuk membaca nota dengan tujuan bertest
malas untuk berslide powerpoint dengan tujuan membentang
dah tahu banyak kerja tetap bermalas-malasan lagi -__-"


[yes, i am lazy.fullstop.]

dulu, zaman kecik selalu berangan nak cepat2 jadi orang dewasa.
boleh kerja pakai kereta (tak main anak2 rumah lagi)
boleh mekap2
boleh lawa2
boleh bercinta..eh?
boleh pergi mana2 ikut suka (berdikarilah konon)
boleh pegang duit banyak2 (macamlah jadi orang kaya)
boleh masuk u sebab nampak orang masuk u macam hebat je.
boleh elak dari buat kerja sekolah (kalau ada rezeki masuk u,tetap kena buat assignment. up sikit.)
boleh buat keputusan sendiri (tanpa pengaruh orang lain)
takkan kena marah lagi kat mak (tetap kena marah jugak)

bila dah menjangkau dewasa...
saya mula baca buku Remaja. bukan lagi buku Anak2 Sidek, Doremon, dan Kawan.
saya mula kena belajar masak sendiri. bukan lagi main masak olok2 belakang rumah.
saya mula beremosional tak bertempat. bukan lagi hanya tahu gelak bila kawan buat lawak dan menangis bila kena marah.
saya mula konfius untuk undi siapa, maklumlah dah boleh nak ngundi dah..XP
saya mula pening nak pilih kerjaya apa (kerja susah nak dapat dah)
yang paling ketara,saya mula fikir bila nak kawen (bukan saya sahaja,malah mereka2 yang lain juga). nak pakai baju apa, nak guna tema apa..(lambat lagi)

sungguh tidak seronok menjadi seorang yang dewasa.
jadi macam ni lah..dapat kerja yang banyak2.
tanggungjawab besar sebab setiap tindakan kena ada rasa tanggungjawab.
banyak masalah datang secara mengejut. kena handle pun sendiri jugak.
banyak menggunakan duit kadang2 untuk benda yang tak diperlukan pun.

[kedudukan sekarang adalah di tengah2]


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
[Surah Al-Baqarah; 286]

maka redhalah akan umur yang dianugerahkan sekarang. hantuk kepala ke meja, sambung buat kerja.sekian.

[saya malas.tapi saya kena rajin.ayuh bergigih]



Tuesday, November 15, 2011

tentang MEREKA

Assalamualaikum w.b.t.

buat sekian kalinya, tangan gigih menaip butir-butir keyboard, meyampaikan apa yang tersirat sekian lama.maklumlah dah berbulan tidak melempiaskan perasaan untuk berbelog.
akhir-akhir ni, lappy pulak sentiasa membantutkan khidmat kepada tuannya. syukurlah, kini beliau sudah kembali aktif beroperasi.

apa yang sebenarnya nak titipkan di entri pada kali ni bukan tentang beliau yang telah 'memakan' duwet saya secara tak sengaja, tapi tentang MEREKA.

MEREKA. buat pertama kalinya saya kenal dan dekati pada penghujung bulan Mei 2011. memandangkan 3 minggu pertama hanyalah relief untuk peperiksaan. MEREKA ini dapat dijumpai hanya di SMK Gombak Setia (luar sekolah pun boleh jugak). MEREKA, insan2 yang pernah variasikan perasaan saya sepanjang berkhidmat di sana. MEREKA, menampal banyak kenangan indah di dinding contengan perjalanan hidup saya.

"cikgu, nanti jangan lupa cerita pasal saya kat blog cikgu eh!"...kata beberapa orang daripada MEREKA. oleh sebab itu, saya buka cerita setelah hampir 2 bulan lebih meninggalkan MEREKA.

pada awalnya, hanya mendapat dua kelas untuk subjek Biologi dan Sains. masing2 tingkatan 4, 4 4 Sejati & 4 Tekun. namun, 'jodoh' dengan 4 Tekun tak panjang disebabkan jadual bertindih. maka dapatlah kelas baru lagi, 4 Ehsan.

dimulakan dengan kisah 4 Tekun (walaupun sebentar cuma, namun sudah cukup tinggalkan sejarah tersendiri). bila masuk kelas ni, macam cakap sorang2 je. lagi mereka aktif bila kelas di makmal. memandangkan makmal sains hanyalah di tingkat 1, dan rata2 tingkap nakonya dah banyak hilang kemana, maka huru hara lah kelas apabila segelintir pelajar lelaki melompat turun ke aras bawah melalui tingkap nako yang 7,8 keping yang hilang itu. namun, dibiarkan saja setelah inisiatif melontarkan kemarahan kepada mereka hanya dibiarkan seperti dipukul angin lalu. sebelum dan selepasnya, keadaan yang sama tetap berlaku apabila hanya mereka yang berada di 1 meja besar di depan sahaja ( tu pun 3,4 orang sahaja) daripada 6 meja besar lainnya yang menadah telinga. sungguh kesian bukan? namun, setelah berjaya mendapat kelas lain, mereka menjadi lebih mesra berbanding ketika mengajar dulu walaupun saya sekadar masuk untuk relief sahaja..lalu, cerita lama yang meyakitkan jantung dilupakan

alkisah 4 Sejati pula....ahli seramai 38 orang, suka untuk berkelas di kelas sebab taknak ke makmal...memandangkan perlu menuruni dari tingkat 4 dan berjalan jauh ke makmal dan memanjat tangga ke makmal biologi kembali. terkadang saya ber'excercise' pula ke kelas mereka.memang semputla..aish..bila ber'chalk and talk', semua orang
bermuka innocence sahaja...hehehe..dulu, saya pun lebih kurang camtu jugak bila berdepan dengan subjek bio ni. tapi paling tak boleh lupa bila buat eksperimen2, terutamanya bedah katak dan juga jamuan perpisahan di key ef si. masih teringat bila ditegur untuk observation kali pertama, "mata cikgu bengkak, mesti tak tido malam. muka cikgu pun cuak semacam je..heheh"..memang betol tak tido malam, cuak pun betul jugak..XD
tapi tahniah la untuk kamu, dah ada gaya doktor bila bedah katak..AMIN..heheh...

[keluarga 4 Sejati..hari2 terakhir....gambar ni telah diframekan oleh mereka kepada saya. terima kasih banyak2 ..]


[segelintir kaum adam di jamuan akhir]

[seusai melakukan pembedahan ke atas katak]


last sekali, 4 Ehsan. walaupun sebilangan besar daripada mereka sering membuat saya membara secara tiba2 ketika di kelas, namun di akhir, ada pengubatnya. first impression bila masuk kelas ni.."abes la aku..ketua pun cam gangster..". merangkap ketua kelas, hafizul asraf ke hulu ke hilir menggalas begnya tatkala hari pertama saya menjejak kaki ke kelas tersebut. bila dia tanya, saya jawab acuh tak acuh, sebab dia pun dengar acuh tak acuh jugak bila saya tanya kenapa dia galas beg. sudahnya, dia berdendam dengan saya. sudahlah disindirnya saya sebagai cikgu baru yang sombong ketika dia singgah di bilik guru. jelas lagi nyata saya mendengarnya. uish, budak ni...(geram)
lama-kelamaan, menurun jugak ego beliau yang tinggi itu..hehehe... setakat yang saya jumpa, memang dialah yang paling kuat merajuk walaupun jantinanya adalah lelaki..XP
masih ingat lagi, pernah saya merajuk dengan mereka sekali kerana tidak mendengar arahan ketika di dalam kelas. dia memujuk tatkala saya menunggu teman sepraktikal di bawah pokok, luar pagar sekolah, datang mengambil saya dari sekolah. menempek peluk pagar sekolah, memujuk..
makin lama, seakan kawan walaupun saya kerap dipermainkan dan diloyar burukkan (ayat salah) olehnya...terima kasih atas hadiah dan ole2 raya aritu ye!
farah nabila, antara orang yang paling rapat juga, sering memback up diri saya ketika saya di'buli' di dalam kelas .terima kasih farah..hehehe..
mereka antara yang rajin menyuruh supaya mengadakan kelas tambahan selepas waktu sekolah dan antara 6 orang daripada 42 orang yang datang.aish...

[hari terakhir bersama..walaupun tak ramai yang datang]

ingin saya selitkan bersama tentang dua insan ini. musfirah dan syafina. walaupun mereka tak saya ajar, namun diri senang bergaul bersama mereka yang comel ini..all the best for your SPM 2011..^^


[gambar yang diambil tanpa izin dari mukabuku..sori!]

mungkin tak semua orang dapat saya ceritakan di sini. maaf andai gambar dan kisah segelintir dari kamu tidak saya coretkan di sini..apa yang tinggal hanya sisa kenangan, kad ucapan dan gambar2 yang mampu saya bekalkan di masa kini dan akan datang. entri ini umpama diari yang dah lama saya simpan dalam diam. disebabkan panjang nak tulis, sebab tu la dah berbulan baru nak pos^^,

nota kaki: gudluck untuk semua & kalau ada jodoh, kita jumpa lagi!!!

Saturday, March 26, 2011

terbaikkah AKU???

as salam..
makin kerap hasilkan entri.mode rajin mengarang tiba2 menyerang minda dan fizikal.tapi bab eseimen, konfem mode malas ambek alih.terok betol...-_-"

berbalik kepada cerita asal, susahkan untuk menjadi yang terbaik untuk orang lain???kadang2 kita dah rasa diri kita semua dah sempurna dalam pelbagai segi. contoh menjadi terbaik untuk diri sendiri; belajar tinggi2 bawak balik skrol (bagi memastikan kehidupan terjamin) , pegi hospital bila sakit (kadang2, jenis yang payah kat bau hospital pun ada jugak) , mekap cantik2 (bagi PEREMPUAN sahaja) , pegi senam pecahkan lemak ,ambik supplement bagai (kununnya jaga badan mau kasi cantek macam model)  .

tapi macam mana nak jadi terbaik untuk orang lain???menjadi terbaik bermakna menjadi cantik di mata merekakah? atau menjadi sopan, lagak baik di depan merekakah?? atau juga bersikap hipokrit dalam makna kata lain memuji, berbaik2, memberi barangan dan sebagainya??

untuk menjadi yang terbaik untuk orang lain, dalam konteks sesuatu perhubungan, perlunya seseorang individu itu bertindak menyenangkan hati individu yang lain. bukan juga bermakna perlu bersikap hipokrit dalam perlakuan malah perkataan. tak semua perkara perlu dibincangkan secara berterus terang andai kita tahu hal tersebut dapat menyebabkan individu yang lain terasa. tapi, tak bermakna juga kita boleh sesuka hati melakukan sesuatu perkara yang tidak disukai oleh individu tersebut dengan bertindak mendiamkan sesuatu hal yang perlu untuk individu tersebut tahu.

tidak perlu untuk mencari yang terbaik andai kita sendiri tidak boleh menjadi yang terbaik buat orang lain. andai telah menjumpainya, maka rugi andai tidak menjaganya untuk terus bersama kita. jika individu tersebut sentiasa memberikan setiap kelapangan, ruang dan masa mereka semata-mata untuk kita, kenapa kita bertindak sebaliknya. mungkin benar ada sakitnya, tapi hilangnya tak berganti. tak perlu lagi untuk kesali atas kesalahan sendiri andai mereka menjauhi. begitu juga dalam konteks hubungan dengan Sang Pencipta. manusia dicampakkan di dunia untuk mengabdikan diri kepada-Nya. menjadi hamba yang terbaik buat Pemilik Nyawa dengan berusaha memperbaiki diri dalam apa jua keadaan.




Thursday, March 24, 2011

tatkala rasa LEMAH menjengah

As salam.....
saya rasa saya dah PUTUS ASA
saya rasa saya LEMAH
saya dah MALAS
saya dah BOSAN

dah berminggu minggu luangkan masa untuk siapkan eksperimen untuk tesis. asyik ada sahaja benda yang tak kena. ada yang hilang, ada yang tak menjadi, ada yang tak dijumpai.macam2.yang sepatutnya jangka masa hanyalah sebulan lebih menjadi berbulan-bulan. sayangnya, walau dah berminggu2 berkampung di makmal, yang dapat hanya LETIH. terpaksa mengulang eksperimen semula bermula minggu ni berlarutan sehinggalah minggu sebelum final. tesis oh tesis, saya letih tau tak??hanya melayan awak sahaja. sampai tak sarapan pergi 'jumpa' awak. terpaksa abaikan lunch sebab 'sayang' nak tinggalkan awak. kenapa lah *awak* buat saya macam ni??saya ingatkan dah boleh 'tinggalkan' *awak* awal2...aisshh~~~ T_T


[saya tenSION taw tak???]


tapi kan *awak*, saya dah tak kisah dah.malas dah tenSION2 lagi sebab saya taknak nampak tua. keje nak marah orang saje.sampai saya tenSION kat *awak*, banyak keje saya yang lain terabai (sebab bila tenSION kat *awak*, saya amek jalan mudah---->TIDO banyak2).

sehinggalah mimpi macam2. tsunami datang serang. NAUZUBILLAH. dimakan dek ombak tinggi yang macam nak terkam dari jauh. tapi, dapat lari.em, mungkin PERINGATAN barangkali.(mungkin jugak bermaksudkan dapat keluar dari masalah yang besar...wallahualam)...tapi dalaman, ketakutan yang teramat sebenarnya.

selalu pergi makmal, mesti kena tengok ikan comel kaler oren dalam akuarium kat situ. orang cakap tengok ikan boleh ilangkan stres.mungkin betul barangkali.tapi ikan yang berenang2 bukan ikan yang terlentok di dalam pinggan -_-"

[ikan bukan di tempat kejadian yang sebenar]

Ujian2 yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. terkadang hanya satu ujian yang menerpa sudah cukup beratnya membuat kita hilang arah. selalunya menyuruh orang lain bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah berbanding diri sendiri yang menghadapinya. dalam hal2 menasihati yang lain juga, senang untuk tuturkan nasihat, tapi diri sendiri belum tentu dapat mengikut nasihat tersebut. ada masa manusia silap. mereka merasakan diri mereka sudah cukup kuat, bagaikan kebal dari sebarang titik2 kelemahan.
terkadang, manusia rasakan mampu berdiri sendiri, berpendirian semua ujian dapat diselesaikan seorang diri. namun tidak salah kemahuan untuk hidup berdikari. manusia hanya makhlukNya yang serba lemah & kekurangan.

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah." - [An-Nisa', 4:32]


[hidup cukup indah. penuh dengan misteri. kata orang warna warni. adakalanya kita berduka, ada juga masanya kita gembira. sentiasa ingat kepada Sang Pencipta. SYUKUR & SABAR- rahsia kejayaan]



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." - [Al-Imran, 3:139]

kehidupan [inteam ft nazrey]

kesenangan yang datang
tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan
seperti selepas malam datangnya siang
oleh itu jangan lupa daratan
gunakan kesempatan untuk kebaikan
sebelum segalanya terlepas dari genggaman
kelak menyesal nanti tak berkesudahan
apa guna sesalan hanya menekan jiwa
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
ujian adalah tarbiyah dari Allah
apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

WALLAHUA'LAM


nota kaki: bersiap2 untuk ber'macroteaching' pula.moga dipermudahkanNya.AMIN.

**entri ditokok + dari sumber iluvislam.com



Tuesday, March 22, 2011

sekian lama

bismillahirrahmanirrahim..

waktu sekarang menunjukkan 4.42 a.m.
masih menyiapkan kerja sekolah. esok nak hantar baru kalut.tiba2 terasa rajin untuk menaip keyboard (walhal keje belom siap sepenuhnya). banyak idea yang tak terluah dek kemalasan. hanya separuh jalan dan akan 'save' sebagai draf. esok pagi akan ke dewan SITC untuk sesi pembentangan produk penyelidikan pelajar tahun akhir UPSI untuk Ekspo Penyelidikan & Inovasi 2011 (EKSPIN 2011). berdiri sebagai wakil memandangkan tesisku sambungan daripada tesis senior tersebut.
bercakap mengenai tesis, hasil kerja keras untuk beberapa hari hanya sia2. tapi mungkin ada hikmah, terpaksa untuk mengulang semula dari mula. waktu semakin suntuk. harap dipermudahkan oleh-Nya. AMIN..


nota kaki: selamat berjaya diucapkan kepada student2 SPM yang mendapat keputusan yang cemerlang.




Thursday, October 28, 2010

Penyakit Examinitis Menyerang Lagi!!!


Kecut perut? Hilang selera makan? Tidur tidak lena? Hilang fokus?

Ini merupakan simptom-simptom serangan examinitis yang selalunya menyerang kawasan kota dan bandar-bandar besar di seluruh dunia.

Penyakit ini tidaklah begitu kronik jika mahu diukur dengan skala kemanusian seperti mana yang dihadapi oleh sebahagian manusia di Palestin, Darfur, Iraq, Filipina, Selatan Thailand dan banyak lagi.

Apatah lagi jika mahu dinilai dengan neraca Ilahi yang mana sesiapa yang mengidapnya akan dirawat di bahagian pesakit luar. Namun setiap yang kecil jika tidak disikapi dan dihadapi dengan cara yang sepatutnya boleh mendatangkan kesan yang amat memudaratkan.

Begitu juga dengan penyakit examinitis ini.

Malahan keaadaan pesakit akan bertambah buruk sekiranya tidak menyedari akan terdapatnya penyakit ini pada dirinya sepertimana keadaan manusia pada hari ini yang kebanyakkannya tidak menyedari akan kesakitan yang mereka hadapi yang menyebabkan mereka terus menerus berada di dalam kesengsaraan. Maka di sini disertakan maklumat lanjut tentang examinitis dan cara menghadapinya.

Nama saintifik :

Examinitis

Golongan sasar yang mudah dijangkiti :

Semua golongan yang berada di institusi-institusi pendidikan terutamanya golongan muda yang berumur 17-26 tahun

Most vulnerable :

1. Pelajar tajaan yang mempunyai perjanjian dengan penaja

2. Ciri-ciri lain yang tidak dapat disenaraikan

Tanda-tanda awal :

1. Sudah tidak PD (baca PeDe atau mudahnya percaya diri)

o Tidak mendapat keputusan yang diharapkan

o Mencuba tetapi masih merasa hampa

o Gagal mengesani punca yang membawa kepada hilang percaya diri

o Tertekan dengan expectation masyarakat (baca bisikan halus dari dalam diri yang mendatangkan gambaran-gambaran negatif)

2. Dan lain-lain lagi yang sukar untuk diperkatakan namun mudah untuk digambarkan

Bagi sesiapa yang mengidapnya, di sini disertakan beberapa kaedah rawatan tradisional yang tidak luput ditelan zaman semenjak ratusan tahun yang lampau.

1. Ambil wudhu dan mulakan analisa diri secara telus dan tulus

o Berikut disertakan sebahagian checklist analisa;

• Keikhlasan niat dan perbuatan

• Usaha yang tersusun dan berterusan

• Kefahaman akan konsep usaha dan tawakal

• Kefahaman terhadap keperluan dan pergantungan kepada Allah

2. Memahami bacaan dalam solat dan zikir al-mathurat sebagai contohnya ayat 286 surah Al-Baqarah :

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata):

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

selamat menempuh final bagi sume yang bergelar student.....MAN JADDA WAJADDA(^^,)...



NOTA KAKI: SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1431H~~~=)

WARKAH BUAT HAMBA.

"Tuhanmu tidak pernah melupakanmu,
Namun diri hamba yang hina ini selalu melupakanmu,
Ketahuilh, Tuhan yang Maha Pemurah itu telah memberikan nikmat padamu,
Dan, dalam sedar atau tidak,
Kau langsung tidak mensyukurinya,
Tuhanmu datangkan sedikit ujian padamu,
Tetapi kau menrungut dan meratap-ratap,
Tahukah kamu ujian itu adalah nikmat,
Untuk memberi ingatan padamu,
Bahawa DIA sentiasa memperhatikanmu,
Tidak pernah tujuanNYA untuk menyusahkan dan membebankanmu,
Bahkan ia adalah tanda kasih Tuhan terhadap hambaNYA..."

"Tuhanmu berada amat dekat denganmu,
Lebih dekat daripada denyutan nadimu,
Lebih dekat daripada aliran darahmu,
Bahkan lebih dekat lagi daripada nyawamu sendiri,
DIA Maha Mengenali dirimu dan lebih dari apa yang kau tahu,
DIA Maha Menguasai dan Maha Memberi,
Mintalah apa saja yang kau mahu daripada-NYA,
Dan pohonlah pertolongan dan petunjuk-NYA,
Mintalah agar kau sentiasa redha dan tenang dalam ujian-NYA,
Tuhanmu sentiasa ada dalam dirimu,
Setiap ketika dalam hidupmu..."

Wednesday, October 27, 2010

bIotEcHnOlOgy SymPosiUm

jumaat; 22 Oktober 2010.....
bermulanya perjuangan student2 bioteknology memaparkan hasil projek mini masing2.
kami-->kak Yana, kak Wanie, kak Chell, Rubi n diriku sendiri bersatu di bawah bumbung bangunan Canselori dengan KAPSUL HALAL kami.....
kelainan kapsul kami berbanding kapsul lain ialah 100% penggunaan dari bahan semulajadi. sumber utama ialah ubi keledek. tapi hasil akhir tak menjadi dengan sempurna.
dikesempatan ni, diucapkan terima kasih atas kerjasama, penat lelah masing2. dan tahniah untuk semua atas kemenangan ni..(^^,)


[gambar setelah diedit oleh tuan punya blog ini]

nota kaki: emmm..sem depan kena pikir pasal research project plak..nak buat ape plak kali ni...

Sunday, October 10, 2010

raya terakhir di UPSI

tarikh 10/10/10 menjadi suatu tarikh yang dipilih oleh bakal2 pelayar alam rumah tangga memandangkan angka ini mempunyai nilainya sendiri. antara yang mendirikan masjid arini adalah angkasawan Malaysia sendiri siapa lagi kalau bukan Sheikh Muzaffar...tahniah & semoga berbahagia diucapkan. majlis secara langsung kat TV pon tak sempat nak tengok. sebab tak rasa itu penting memandangkan daku bukan lah peminat fanatik beliau...hehe..
tarikh ni jugak merupakan tarikh istimewa sebab macam2 berlaku pada tarikh tersebut termasuklah cerita sedih maupun gumbira...tapi mugkin kearah yang labih sedih KUT.....T_T

malam kejadian, kami bebudak biologi sem 5 batch 08/09, pada tarikh 2 Zulkaedah ni, kami sepakat untuk menyambut jamuan raya bersama walaupun Syawal dah berlalu. tapi memandangkan tahun ni adalah last raya kat UPSI, ia mesti dilaksanakan jugak. walaupun tahun 2012 baru graduate, masing2 tak dapat menikmati puasa tahun 2011 bersama lagi
disebabkan pada ketika itu praktikal.jamuan yang diadakan di rumah agam bertempat di perumahan Taman Universiti kali ni agak meriah walaupun ramai yang kelewatan disebabkan bas untuk mengangkut ke kampus tak banyak malam tu.hampir sejam jugak tunggu bas tym tu.
antara gambar2 yang sempat disnap pada malam kejadian:

ni gambar spesel...memandangkan model2 yan
g terlalu ceria dalam gambar tersebut..kih8


ni lah keluarga kecil kami!!!


haa..ni plak no komen..tangga dijadikan pillihan sebab umah sewa kami xde tangga dalam umah...hehehe..


dari kiri:ruby, mirah, miza, & ain-->ahli2 blogger bio..hehe.. (masa ni da nak balik dah)


disini ingin daku selitkan sedikit penghargaan buat ahli2 rumah agam yang telah menyewakan rumah mereka secara percuma untuk acara ini....hehe...

nota tangan: menunggu kejadian pada 20/10/2010 pulak...apa yang ada agaknya...emmm....*^_^*

Sunday, August 22, 2010

saya nak bertunang!!!


sekadar gambar tontonan

salam ramadhan buat semua..
sejak2 berpuase ni, agak malas untuk mengupdate kan blog selalu. masa cukup banyak kalau sekadar untuk melempiaskan idea di sini.tapi memandangkan jari malas untuk mengarang, banyak cerita2 yang dirasakan mau dicoret, terbantut seketika. malahan da tak ingat pun nak cerite ape..huhuhu...

di kesempatan ini, ingin ana mengucapkan takziah untuk keluarga Dr Haniza sekeluarga di atas pemergian ayahanda tercinta awal ramadhan lalu. beliau merupakan lecturer yang mengajar subjek bioteknologi & pada minggu ni, Insya Allah akan diadakan majlis Iftar bersama2 studentnya beserta tahlil buat ayahanda beliau. minggu ni jugak akan berhimpunnya student2 biologi yang akan berbuka puase bersama -sama di bawah anjuran Jabatan Biologi..murah rezeki minggu ni..ermm...alhamdulillah....

berbalik kepada tujuan asal entri pada kali ini, bukan niat untuk riak, apatah lagi obses mencari publisiti untuk diri sendiri. perihal bertunang tidak ade kena mengena dengan diri ana. namun teringat tym cuti sem aritu. terkenang kat satu rancangan yang menampilkan pasangan suami isteri yang 'sweet'..apa lagi kalau bukan SEMANIS KURMA. suka untuk mendengar & menonton telatah Dato' Siti Nor Bahyah & Ustaz Akashah.
tajuk tym 2 adalah SIHIR. emm..tapi ape pulak kene mengena dengan perihal bertunang??? bagi sape2 yang menonton episod 2 sudah semestinya tahu kenapa. orang dulu2 pernah berkata; kalau kita mimpi kena patuk kat ular, mesti tak lama lagi ade orang nak masuk meminang...tapi percayakah anda akan ura2 tersebut???

menurut apa yang dijelaskan oleh ustaz jemputan dalam show 2, mimpi dipatuk ular tidak ade kena mengena dengan perihal bakal dipinang. tetapi, ini tandanya bahawa diri anda sudah hampir kepada sihir atau sihir mula menular dalam diri anda. manusia zaman sekarang lagi ramai yang buruk sifat pada hatinya. sentiasa ada sahaja yang tidak puas hati atas kelebihan orang lain sehingga sanggup menderitakan orang lain menggunakan bantuan jin @ syaitan.

pernah satu ketika dahulu, terjadi 1 kisah dalam kehidupan ana sendiri, dek kerana cemburu yang melampau. perasaan cemburu melanda hati salah seorang si anak, lalu 'mengenakan' seorang hamba Allah ni. mungkin jugak Allah nak tunjukkan balik siapa yang benar, sehinggalah sihir tadi tidak mengena pada orang yang sepatutnya, tetapi beralih kepada ibunya sendiri...huhu..macam2 dunia..

jadi, konklusinya, kalau tak puas hati dengan seseorang disebabkan kelebihan yang dia miliki, usahalah sendiri untuk menjadi sebaik itu juga. tidak perlu menggunakan budaya yang songsang lagi sesat tersebut. disebutkan juga pada akhir rancangan, antara usaha2 untuk mengelakkan dari terkena sihir, amalkan lah selalu ayat2 Al-Quran. antaranya ialah membaca surah 3 Kul tiga kali pada setiap pagi & petang, mengamalkan surah Al-Qasas ;ayat 21, surah Al-Baqarah; ayat 255(kursi) dan 285-286, & surah Al-Kahfi; ayat 10

masih banyak lagi ayat2 Al-Quran yang boleh dijadikan amalan bagi memelihara diri dari perbuatan khianat ini. agaknya kalau tak berkait dengan sihir pom, mungkin berlaku jugak situasi di mana terjadinya fitnah & hasad dengki dari orang lain. tetapi tak semua mimpi boley dipercayai tentang tafsirannya...semuanya boleh difikirkan oleh akal logik..cuma, yang penting, mintalah perlindungan dari-Nya selalu.....sekian sahaja kerajinan pada kali ini....
.....WALLAHUALAM....

nota tangan: tak pernah mimpi kena patuk kat ular, tapi kalau kena kejar banyak kali gak..nebes betul tym 2..huhu..