~tHEm~

Tuesday, November 10, 2009

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

"Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar."

Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu.

"Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar. Dan, cucurilah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w dan atas keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam."


  • Amalkan membaca doa ini selalu, jika tiada kesempatan pun, seumur hidup. Insya-Allah akan terhindar dari penyakit yang berbahaya.

  • Menurut riwayat, doa ini adalah menjadi amalan Abi Darda, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang didapatinya daripada baginda.

  • WALLAHUALAM.......

    5 comments:

    UstazCahaya said...

    "Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku".

    Ya benar:-) Namun, jika kita berdoa, itu adalah hak kita sebagai hamba untuk memohon dan meminta kepada Tuhan kita..

    tabir rahsia said...

    kenali la Dia..

    dari ada kepada tiada..

    daripada tiada kepada ada..

    Putera Purnama said...

    nice blog awak...

    awak kenal tak niko?
    ni blog dia....
    http://www.chokichoki-yanida.blogspot.com/
    kalu awak kenal dengan dia..so nasihat kat dia agar dapat tarik statement dia tu. coz mencemarkan imej UPSI.

    AAEN_BELLADZ said...

    ptera purnama: xknl dye..xpnh nmpk plk..mm..mmg xptt post dye cmtu...

    Seorang Insan said...

    Bagus doa yang dimuatkan. Berguna buat menambah ilmu di dada.