~tHEm~

Saturday, September 5, 2009

YA ALLAH...KAU PELIHARALAH MEREKA.......


Ya Allah….. Izinkan aku bertafakur sejenak di bumi-Mu ini
Singgah mencari bekalan Untuk perjalanan yang masih jauh lagi…
Aku ingin Engkau berikan yang terbaik
Buat insan yang amat ku cintai
Buat insan yang telah mengajarkan ku
Erti kebahagiaan
Erti kepayahan
Sekian lama membesarkan ku
Dan mendidikku sehingga
Menjadi hamba-Mu pada hari ini…
Ya Allah…. Ku mohon pada-mu…
Kau ambillah nyawaku sebagai penggantinya
Kerana satu yang ku tak pasti
Apakah aku akan terus hidup
Disirami bau kebahagiaan
Tanpa sekelumit jejak kehadiran Insan yang amat ku sayangi…
Kini… Aku berada di sini
Gah berdiri mencari setitip ilmu
Buat bekalan di hari tuamu…
Ku pasti itu… Akan ku genggam ia suatu hari nanti
Ya Allah… Moga Engkau rahmati niat suci ku ini
Berikanlah aku kekuatan Ketabahan dalam menempuh Segala ujian dari-Mu…..
Moga Engkau menjadikan aku
Seorang hamba yang bersyukur
Tidak lupa akan nikmat-Mu…
Payungilah aku dan keluargaku
Dengan nur kebahagiaan
Menuju ke jalan-Mu Syurga-Mu….AMINNN.....






3 comments:

lanz_evo7 said...

aslm w.b.t.
sesekali dngr lagu nasyid ni sedap..sayu je.
jiwa tenteram..

Cik Miza said...

anda telah d tag .
sile rujuk page saye .
tenkiu .
:)

aaen nabiela daud said...

miza,nt i jwb ek..hehe

2 bujang senang,trime ksh sudi ziarah...n thanx 2 dat info...keep walking2...=D