~tHEm~

Monday, April 26, 2010

abes suda....

salam alaik...pada tanggal 28 april 2010, maka usai la suda acara ku marathon di trek final bagi sem ni.
'paper' last adalah untuk subjek major. memang sronok kaw2 la pas anta tu..huhuhu..
tak lama lagi blog ni akan berhabuk buat seketika..
cuti agak puas kali ni ,memandangkan dua bulan lebih duk kat umah. takde plan nak buat ape2 lagi setakat ni. jadi pengasuh je kot..
da takde ape2 untuk dimerepek lagi...skang adalah masa untuk 'pack, touch n go'...moga selamat sume dalam perjalanan pulang ke kampung masing2.
jumpa lagi 2 bulan kendian ye dalam semester yang baru..wink2~~~(^^,)

Saturday, April 24, 2010

Hikmah Sedekah

SALAM ALAIK...tatkala kesibukan dengan 'final' sepanjang 2 minggu akhir-akhir ini, da lame tak masukkan entri baru...HATI BERKATA:MALAS...huhu..terbaca satu kisah tentang pengorbanan seorang anak kepada ayahnya. lalu dipetik untuk dijadikan iktibar buat semua..ikuti kisah dibawah..........


“Seorang ayah tiba-tiba mengalami sakit luar biasa. Dia tidak tahu punca sakit itu. Melihat keadaan ayah yang amat sakit itu anak lelakinya segera membawa ke hospital dan dimasukkan ke bilik kecemasan. “Tidak lama kemudian doktor datang memeriksa. Hasilnya, doktor mengatakan bahawa ayah budak lelaki itu menderita penyakit batu ginjal di saluran kencingnya. Jalan terbaik ialah pembedahan.

“Mendengar keputusan doktor, si ayah dan anak lelaki menerimanya dengan pasrah. Tapi sebelum dilakukan pembedahan, mereka mohon penangguhan beberapa hari untuk menyiapkan biaya pembedahan.

“Hari berikutnya anak lelakinya kembali melakukan tugasnya di sebuah syarikat. Kebetulan hari itu dia dapat gaji. Hatinya sangat senang dan bahagia. Ketika dalam perjalanan pulang dari pejabatnya, dia melihat seorang lelaki tua miskin sedang mengumpulkan barang bekas dengan keadaan sangat penat dan letih.

“Melihat orang tua itu, si anak lelaki itu pun berfikir: andai kata dia seperti lelaki tua itu, tentu sangatlah penat dan letih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberikan seluruh gajinya itu kepada orang tua itu dengan niat semoga Allah akan menyembuhkan penyakit yang dideritai ayahnya.


“Sesampai saja di rumah, dia mendapati wajah ayahnya cukup ceria dan bahagia. Ayahnya berkata: ‘Wahai anakku, Alhamdulillah, tidak berapa lama sebelum kau tiba, ayah merasa sangat sakit di bahagian perut. Kemudian ayah segera menuju ke tandas untuk membuang air besar. Tidak ayah sangka, akhirnya batu ginjal keluar dengan sendirinya. Dan sekarang ayah merasa sangat nyaman dan selesa saat ini.’ “Mendengar perkataan si ayah, anak lelakinya itu menitiskan air mata kerana terharu dan rasa syukur kepada Allah.”

Kisah ini diambil dari buku Al-Tadawi bi al-Shadaqah tulisan Hasan bin Ahmad Hasan Humam yang diterjemah ke bahasa Melayu oleh Ummi Hakimah.

Bersedekah dituntut bagi membantu insan yang dalam kesusahan. hakikat yang sebenarnya sedekah merupakan salah satu cara mensyukuri nikmat yang diberikan Allah S.W.T.. mungkin rezeki kita mendapat rezeki lebih, namun ada yang diuji dengan sedikit kesusahan. segala-galanya mempunyai hikmah tersendiri buat insan yang dikurniakan rezeki, mahupun tidak.

Sedekah sesungguhnya memiliki rahsia yang mengagumkan dalam mengubati pelbagai jenis penyakit. Apa yang jelas, di samping mendapat pahala dengan sebab bersedekah Allah menyelamatkan diri kita (orang yang bersedekah) daripada musibah atau kejadian yang mengerikan. Dan satu perantara yang boleh menjadi sebab bagi kesembuhan dengan izin Allah ialah istighfar dan bersedekah.

Sabda Nabi yang bermaksud: “Ubatilah sakit kamu dengan cara bersedekah, peliharalah harta kamu dengan cara berzakat dan hindarilah bala dengan cara berdoa.”

Mengenai pasangan yang tidak mempunyai anak setelah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, Abu Hanifah meriwayatkan di dalam Musnadnya dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Nabi s.a.w bertanya: “Ya Rasulullah! Sudah lama saya menikah, tapi belum dianugerahi seorang anak pun.” Nabi SAW pun menjawab dengan sabdanya: “Di mana (keadaan) engkau dengan banyak istighfar dan banyak bersedekah? Kerana dua hal ini boleh menganugerahi buah hati (anak).”

Manusia hanya sekadar berusaha, tapi yang menentukan berjaya atau tidak ialah Allah. Sesungguhnya satu daripada kewajipan akidah seorang Muslim ialah terus berusaha dan berserah diri kepada Allah serta selalu berbaik sangka kepada-Nya. Yakinlah, Allah tidak akan pernah menciptakan satu penyakit yang tidak ada ubatnya.

Bersedekahlah mengikut kemampuan masing-masing. Tidak akan jatuh miskin kita kerana bersedekah, sebaliknya kita memperoleh pahala dan ganjaran yang baik dan Allah.

Abu Hatim al-Sibiti dalam kitabnya Raudah al-Uqala wa Nuzhah al-Fudhala mencatat begini: “Sifat bakhil adalah pokok yang ada di neraka yang dahan berserta cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke neraka. “Demikian pula kemurahan hati adalah pokok yang ada di dalam syurga yang dahan dan cabangnya menjulur sampai ke dunia. Sesiapa yang bergantung dengan salah satu dahannya, maka dia akan ditarik ke dalam syurga, kerana syurga adalah rumah bagi para pemurah.”

**nota kaki: kadang2 keliru dengan insan2 yang datang meminta sedekah untuk binaan masjid di kampung mereka. kebanyakan yang dijumpai dari negara jiran. ada yang cakap, tak boleh percaya sangat.buat muka baik,hakikatnya..........emm...tak tahu nak klasifikasikan kes tu camne. kalau da terkasi pun, tapi orang tu menipu,dia jugak yang tak tenteram nanti...depend on themselves which one they'll choose....WALLAHUALAM

***argghhh...physiology animal belom khatam lagi...agak huru hara jugak 2-3 arini sebab tiket kebanyakannya da abes..huhu~~~mencari punya mencari..akhirnya....I GOT IT!!!!!YES.........rindu femili='(

Saturday, April 17, 2010

baju free...

takde nak merepek panjang sangat.cuma nak iklan kat sape2 yang mahu baju free yang macam kat bawah ni...


anda boley la lawati laman web ni:-

sape cepat, dia dapat...sekian.....


Thursday, April 15, 2010

mengapakah????

salam alaik..hari ini sungguh tensen rasenye..sakit2 pulak 2..huhu..betapa sakitnya tulang belakang setelah bertapa lama2..kepala pun sakit jugak..sebab tu la, laen kali jangan minum agi neskefe kalau da tahu camni jadinya..menyusahkan diri sendiri je..teruk2..huhu..

pagi tadi awal2 lagi ayah datang. alang2 amek beg yang malas hendak dibawa menaiki bas bila balik cuti nanti..ringan sikit, tangan pun takde la pedih dek bawak beg 10 kilo jalan hendak sampai kat tempat bas menunggu...jauh2..hari ni genap la 5 hari ayahku berada di Behrang. hari isnin datang, tapi xsempat jumpa disebabkan dia da sampai petang. selasa jumpa.rabu tak jumpa.khamis pom xjadi nak jumpa..huhu..arini dia da nak balik da..sedihnyo la='(

Ya Allah, moga kau selamatkanlah perjalanan pulang ayahku & jauhkan dari segala yang tidak elok..amin...saya sayang kamu sangat999999999999999999999999~~~(T_T)

tak sabar nak balik jugak...emmm...huhu..ape2 pom,mode off arini..bubai~~


Saturday, April 10, 2010

'DIA' bakal datang lagi....



salam alaik....
bukak tutup bukak tutup mata...tak sedar sudah di penghujung semester dah..
maka dengan itu..cuti panjang akan berlangsung tak lama lagi..yess!!!



semester ni agak sibuk berbanding sem2 sebelum ni..ni disebabkan 'lab report' yang seakan menjadi 1 subjek la pulak..kira2 tanpa guna kalkulator jumlah repot yang di 'submit' untuk sem ni sahaja adalah 24 dalam 4 bulan!!!!huhu..

'overall' komen bagi sem ni..eemm..amat bahagia walaupun agak penat sedikit..masih boley lagi tersenyum & terkekek2..hehe.....sem ni banyak jalan2..agak besh di situ..xdela t'perangkap di bumi malim ni semata-mata..hehe..ekology fieldtrip sememangnya bagus untuk kesihatan tatkala terkongkong dek lab repot...hehe...yang last trip untuk sem ni ialah pegi Veterinary Research Institute(VRI) kat ipoh..sem ni walaupun minggu da ke-14,tapi still lagi keje xabes..tahniah untuk team-mateku untuk keberjayaan bersama bagi simposium ekologi dan fisiologi haiwan....hari last bagi minggu ke-14, terpaksa ke panggung budaya untuk subjek muzik tradisional I..persembahkan gamelan.lagunya INANG CINA...tahniah jugak buat teman2 segamelan...


sem ni tak sempat langsung berpersatuan..diajak untuk meramaikan, tapi terlalu sibuk ketika itu..mugkin sem depan boley lagi berkelana memandangkan jam kedit da sikit untuk sem depan..hehe..


sem ni mempunyai nilai tersendiri buat diri kuh..hehe..kepada orang yang berkenaan--->time kasey banyak2 ye..(sedikit penghargaan buat kamu yang telah memetik jantung saye.. hehe)..jadilah yang terbaik buat diri kamu..kerana itu yang terbaik bagiku(^_^)


hitung punya hitung, hanya tinggal 8 hari untuk study betul2 untuk 4 paper kali ni..kalau dulu,kimia memang tak boleh nak harap dapat tinggi sangat..kenapa???sebab tak minat kot..tapi tak mungkin nak drop..terpaksa untuk meminatkan diri...huhu..tapi kali ni,agak memuaskan sbb Prof Salihan baek sangat dalam bab2 kasi markah..huhu..(teruja)



jadual ekzem kali ni agak sistematik & adil kerana 'gap' antara 1 paper ke 1 paper laen hanya sehari...huhu..




Code Desc Date Time


KPP3014 Pengurusan Pembelajaran 20/04/2010 02:30 PM


SKU3023 Kimia Asas II 22/04/2010 02:30 PM


SBV3013 Ekologi 24/04/2010 09:00 AM


SBF3033 Fisiologi Haiwan 26/04/2010 02:30 PM


ok la..last skali, memandangkan sume student2 U bakal, sedang dan telah menghadapi ekzem final,gud luck n all da best di ucapkan...terutamanya kepada warga upsi Bio 2008/2009...teman2 seperjuangan di universiti2 laen juga..selamat menempuh final~~~



glitter-graphics.com

nota kaki: bermulanya minggu study yang banyak dugaan...katil seakan-akan menyeru berulang2 kali..hehehe~~~


loading.....waiting for the 1st paper(O_o)



Thursday, April 1, 2010

Tatkala Yang Terindah Itu....



Tatkala cahayamu meyingkap tabirnya

Tatkala si putih berkawanan kembali ke peraduannya

Tatkala petani sawah meninggalkan batasnya

Tatkala pelaut merempuh ombaknya

Tatkala suara itu berkumandang di udara dengan syahdunya


Tatkala itu...

Mempunyai keindahan yang nyata

Betapa cantiknya penciptaan-Mu

Subhanallah....


Tatkala itu...

Mempunyai rasa yang luar biasa

Hati mulai terdetik hiba

Astarghfirullah...


Tatkala itu...

Membawa anak adam ke tempat sujud

Meninggalkan pekerjaaan duniawi

Mensyukuri segala yang Engkau kurniakan

Alhamdulillah...


Tatkala itu...

Letak duduk tidak lagi dipeduli

Kau dan aku tetap sama

Mengecapi kekayaan-Nya

Kerana Engkau mengaturkan segala yang terbaik

Allahuakbar....


Sang rembulan masih malu

Membiarkan cahayanya ditatap

Memberi terang pada makhluk

Menjadi aksesori pada kelam itu

Menjadikan tirai malam begitu indah

Sejuk dingin menampar kulit

Begitu menyamankan ruang atma

Bagi hamba yang terus duduk ditikar sejadah

Menghadapi sepertiga malam

Yang menjanjikan habuan indah buat mereka


wallahualam...