~tHEm~

Wednesday, March 10, 2010

air mata....

pernahkah anda menangis?
Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?
Menangis adalah fitrah manusia kerana ia mempunyai harga dan nilai tersendiri.
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan.
Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Ada jenis tangisan nampak biasa sahaja tetapi air mata yang mengalir itu dapat memadamkan api neraka.
Ini disahkan oleh Nabi s.a.w dalam satu hadis, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka"

Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatu pun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Tangisan yang dimaksudkan ialah tangisan kerana takut kepada Allah. Menangis kerana menyesal atas kesalahan dan dosa, malah tangisan takut kepada azab Allah sangat bernilai di sisi-Nya sehingga air mata itu boleh memadamkan api neraka.

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t.

Justeru, serulah air mata itu dari persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...

SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA....

setiap orang pernah mengalami hari malang mereka. tapi kenapa peribahasa kata, sudah jatuh ditimpa tangga..??tangga yang menimpakah atau bagaimana..hehe..cerita ana pulak diolah dari peribahasa tersebut iaitu, sudah jatuh tangga....sudah jatuh tangga ni bermaksud,hari malang ana dimulakan gara2 jatuh tangga sebelum disertai benda2 lain.



Cerita ni sebenarnya da berlaku lame da...cume skang t'kenang balik..huhu
malam 2, baru 3 anak tangga melangkah, tibe2..bedebuk!!!..huhuh...sakitnya..jatuh tangga umah..mmm...mungkin sebab mase tu pakai high heel kot...salah diri sendiri...hehe...agak sakit jugak la..tapi teruskan ke kelas je..sengal2 sikit je..masih boleh survive..hehehe



kelas 2 abes pada pukul 10 malam..macam biase, balik naek bas...benda yang paling tak suka bila naek bas ni ialah bila kena b'diri..cam tak stabil je rase...huhu...balik 2, xsempat dapat seat, jadi b'diri jela dalam bas 2...sampai la satu tahap di mana pak cik driver 2 m'brekkan bas beliau tibe2..dengan slow motion ny, ana bergerak jatuh terduduk ke hadapan...huk88..malunye rasa...sampai sume pandang sebab ana sorang je pulak 2 yang jatuh..hoho..so blushim at dat tym...sempat gak la b'emosi seketika....NANGISS!!!!...hehe..memalukan betul..bukan ape..cume mengenangkan nasib diri..heheh



aritu dikelaskan ari malang bgku..huhu..2 kali jatuh..jadi diri sendiri m'konklusikan bahawa pada hari itu, diri xcukup vitamin & zat..kesian bukan???heheh...saba jela~~~



nota kaki: t'igt kat ayahku bila dia datang kolej alang2 ade keje kt INSTUN & kasi sebundle ubat folic acid...bimbang benar katenya bila dok jauh ni becoz of dat 'thing'..saye gigih ayah..hehe..dats why i luvVvV u da most...tp syg, seringkali nye lupe utk makan ubat 2..sebab 2 kadang2 diri tak stabil...huhu...tengs dad...u're da best man in my life(^_^)