~tHEm~

Sunday, February 28, 2010

al-fatihah.....

Bismillahirrahmanirrahim....
seorang lagi bakal pendidik UPSI telah pergi buat selamanya. Allah S.W.T telah menentukannya..seiringan dengan itu,saya ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham
Mohd Fazli B. Mohammad...Al-Fatihah.....

Tg Malim , 25 Februari – Universiti Pendidikan Sultan Idris kehilangan seorang lagi Anak Kandung Suluh Budiman kerana kemalangan jalan raya.


Dalam insiden yang berlaku antara jam 03.30 hingga 04.30 petang tadi, mangsa, Mohd Fazli B. Mohammad, mahasiswa semester 8 yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (PSR) maut di tempat kejadian kerana cedera parah di seluruh badan setelah van yang dinaiki mangsa melanggar belakang sebuah treler berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah.


Rakan mangsa pula hanya patah tangan dan mengalami sakit-sakit badan.


Allahyarham yang bekerja sementara di Karim Korner sedang menunggu majlis graduasinya pada bulan 3 ini dalam perjalanan menuju ke Ipoh untuk menghantar pesanan makanan katering disana.


Allahyarham yang berasal dari Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah merupakan anak yatim piatu dan telah bertunang dengan gadis pilihannya dan dijangkakan akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan 6 ini .


Allahyarham dikenali ramai kerana sifat rajin dan ramah semasa bekerja di Karim Korner dan aktif di peringkat universiti dengan memegang jawatan sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak MASUM UPSI tahun 2009.


Sementara itu , Timbalan Naib Canselor Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni , (JHEPA) , Prof Dr Shaharudin B. Abd Aziz tiba di hospital Tapah pada jam 8 malam untuk melawat mangsa.Pada ketika berita ini ditulis, van jenazah yang membawa Allahyarham telah bertolak ke kampung halamannya sambil diiringi oleh pegawai-pegawai UPSI dan rakan-rakan Allahyarham.


Pihak SuaraUPSI merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon para pembaca yang beragama Islam untuk sama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang terpuji dan beriman.

SUMBER: http://suaraupsi.blogspot.com/2010/02/bakal-graduan-psr-maut-kemalangan.html

Monday, February 1, 2010

alkisah......

salam alaik.... sudah lama tak post entri...sem ni awal2 lagi suda sibuk..tak macam dulu2...tiap2 minggu, lab repot tak pernah putus...fisio haiwan lagi, chemistry lab management lagi, basic chem lg, field trip ecology lagi...tu belum masuk esaimen yang laen lagi..huhuhu...terlalu penat..setelah 2 taun study dekat sini,baru ku tahu kehidupan student camne sekarang..hehe...banyak cerite yang nak diceritekan sebenarnya..tapi walaupun kebanyakannya suda lapuk, tapi tetap nak cerite jugak..hihi

ALKISAH 1:
sungkai moment~~~pada 22-24 januari baru2 ni,kami telah b'tandang ke Pusat Konservasi Hidupan Liar,sungkai..untuk ape???ini ialah untuk fieldwork ecology kami yang pertama..pensyarah yang mengiringi kami ialah Dr. Husni..seorang 'bapa' yang amat concern dengan 'anak2nya'..alhamdulillah...kami bertolak dalam pukul 4 ptg....sampai2 je,dirikan khemah...

bersama dengan Dr. Husni~~~

lepas 2, setiap grup kena hantar 4 orang wakil masuk hutan pasang perangkap...& ana mewakili kumpulan ana untuk xtvt ni..keluar2 dari hutan 2, nasib baek la tak melekat dengan PACAT...hehe..tapi malam 2, kena pulak gigit walhal tengah rehat kat depan khemah...padahal kawasan berpasir...pelik2..malamnya tu, ujan lebat sehingga kebanyakan khemah banjir. terpakse mangangkut barang keluar dari khemah. pastu, kami jalan2..jauh gak..bukan jalan saje2, tapi untuk diberi penerangan tentang seladang & rusa.disebabkan gelap sangat, tak sume haiwan2 tu dapat dilihat dengan jelas..yang menariknya, nama2 seladang yang b'macam2..ade yang SUKOM, SUNDAY, DAISY, APRIL, & mcm2 lagi la..balik dari jalan2, kami dapat sebijik 'banglo' baru..besar punyee..hehe..tengs 2 Dr, incik hairul & Pn lili sbb ulurkan tangan bina 'banglo' ni...(^_^)

antara gambar yang paling disukai~~

keesokkannya, kami masuk untuk tinjau perangkap. tapi hampa..sebab hujan semalam kot,jadi xde tangkapan..huhu..dalam tengahari tu pulak, setiap grup dibahagikan kepada 3 bahagian..setiap satunya ialah ke Sungai Mil0, pembalakan & lawat rusa n seladang..ana pilih untuk ke trek pembalakan..punye la jauh trek die..lenguh yang amat kaki mase 2..jumpa macam2 yang belum pernah tengok...syok jugak..pengalaman baru ni..hehe..tapi mase 2, tak dapat nak fokus sebab tangan dengan rakusnya membuang makhluk2 liat yang melekat pada kasut & stuking..huhu..ade yg besa, sampai la ke cucu paling kecik...ade gak yang da obes..sesedap rase je kau menghirup darahku ea...itulah kisahku & PACAT...bila sampai je kat tapak khemah, buang je kasut..huhu...ade 3 ekor yang tengah syok mencium kaki busukku ni..kire punya kire,cukup 9 tempat kakiku b'bekas..huhu..sampai skang terase lagi gatal di tempat gigitan engkau itu c pacat!!!..





ari last di sini, kami tetap jugak tak dapat tangkapan..huhu..hampa jugak..selepas setiap grup bentang hasil masing2, kami b'tolak pulang....sempat tido dalam bas...letih sangat2...huhu

nota kaki: menunggu field work yang seterusnya...G.Lang, nantikan kedatanganku~~~~




Alkisah 2:

salahkah bermuka masam???ana ditegur berkali2 tentang hal ni oleh seorang hamba Allah ni..tapi masam tak b'erti sombong. masam tak b'erti benci. masam tak b'erti sedih....tapi hakikatnya ekpresi itulah yang sebaik-baiknya untuk kamu....gembira mungkin, tapi untuk menjadi gembira di hadapan kamu tak perlu kot...neuron yang bertindak menghantar impuls buat mimik muka hepi tak boleh diterjemah oleh otak. ni la tindak balas luar kawal. harap maklum~~~


nota kaki: takut t'silap senyum, nanti ade juga yang 'sengsara'~~~~yang penting, ana bahagia skang walaupom keje menggunung(^_^)

wallahualam...